ALAT BANTU NIAGA SHAKLEE YANG SEMUA SID PERLU ADA

Aku tengok ramai kawan aku yang jual shaklee. Tapi kau je yang aktif.

Ha.. ada kawan saya yang pernah cakap gini pada saya. Memang betul kalau nak.dibilang dah ramai sangat sebenarnya pengedar Shaklee ni kat Malaysia. Tapi ramai jugak yang terkubut disebabkan tak dapat bimbingan dan tunjuk ajar yang betul. Dan yang paling penting tak ada alat bantu niaga Shaklee yang betul dan sesuai.


Ramai yang dah tahu yang Shaklee ni MLM. Tapi ramai yang tak tahu Shaklee bukan seperti MLM tipikal yang lain. Bila sebut MLM je. Ramai jugak yang menyampah. Mungkin nature asal MLM cari² orang a.k.a downline yang buat orang tak suka. Pastu bila downline buat sales, semua dapat ke upline walaupun upline tak buat kerja apa. Dan sebab persepsi ni jugak la ramai yang kurang suka dengan pengedar Shaklee. 

Kerana tak dapat bimbingan dan tak guna alat bantu niaga yang akan saya kongsi ni, ramai pengedar Shaklee yang hanya tinggal nama. Sebab tu penting nya untuk jadi pengedar di bawah leader yang betul. Supaya kita tak mudah putus asa bila tak dapat sale. Supaya kita dapat bangun semula bila semangat dah mula down.


ALAT BANTU NIAGA YANG OHSEM

#1 APLIKASI DALAM TELEFON

Bila sebut bisnes online. Tak sah kalau tak ada aplikasi-aplikasi dalam telefon yang sangat membantu perniagaan kita. Antara aplikasi yang sangat membantu bisnes saya adalah buffer, evernote, snapspeed dan blogit.

Bila punya anak kecik, saya ada banyak kekangan untuk menggunakan laptop di SOHO saya. Jadi semua aplikasi yang saya nyatakan tadi amat membantu saya mengemaskini perniagaan hanya dengan menggunakan telefon sahaja.

Buffer saya guna kan untuk menjadualkan post update di media sosial. Evernote saya gunakan untuk menyimpan nota-nota dan template-template penting. Snapspeed untuk meng'edit' gambar. Dan blogit untuk mengemaskini blog.

Entri yang saya tulis ni pon menggunakan aplikasi blogit.

#2 SUPPORT GROUP

Satu kebaikan dalam banyak kebaikan MLM Shaklee ni ialah kumpulan sokongan atau support group. Pada saya kumpulan sokongan saaangat penting.



Sebab melalui group la kita dapat berkongsi kisah-kisah inspirasi ahli group. Melalui group la kita belajar cara-cara meng'edit' gambar dengan betul. Melalui group la kita dapat belajar teknik-teknik close deal. Melalui group la dapat naikkan semangat kita untuk berniaga.

Eh.. sememangnya dari kumpulan sokongan ni macam-macam sangat yang kita boleh dapat kalau kita follow betul. Support group saya ni suka buat contest taw, yang hadiah dia memang best best sangat.

#3 PLANNER SUPERMOM


Tak dinafikan memang ramai yang suka simpan maklumat-maklumat secara online. Tapi ramai juga yang suka catat kan perkara-perkara penting dalam buku catatan atau planner. 

Planner supermom ni adalah keluaran salah satu support group bisnes saya. Planner ni ohsem sangat sebab semua tools dalam bisnes Shaklee yang diperlukan SID semua ada dalam planner. 



Nak tengok point untuk bonus. Nak catat target. Nak update habit tracker. Kata-kata semangat juga tak kurang nya semua ada dalam planner yang ohsem ni. Memang rugi sangat siapa yang tak dapatkan panner ni.

#4 POSTER TESTIMONI

Melalui suppport group juga la, kami dapat banyak sangat poster testimoni. Jadi tak ada masalah pon kalau kita tak guna pakai produk Shaklee untuk kongsi kesan nya. Sebab dah ramai pengedar yang sudi sedekah poster yang cantik-cantik.




Tapi kalau nak menjual dari hati, nak kongsikan kebaikan dan tentu la lebih genuine kalau kita dapat gunakan sendiri produk Shaklee ni kan.

Ha. Setakat ni apa alat bantu niaga yang korang ada untuk bantu korang berniaga? Kalau masih ada yang lompong korang kena la penuhkan. Siapa lagi korang.kena cari kalau bukan hakak kan.. Jom join jadi pengedar Shaklee sekarang.



Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "ALAT BANTU NIAGA SHAKLEE YANG SEMUA SID PERLU ADA"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top