4 TIPS KAWAL ASMA ANAK SUPAYA TAK KENA NEB

Baru-baru ni adik ipar saya update gambar di wasap group. Nephew saya yang berumur 3 tahun kena neb. Masuk ni dah kali ke 3,4 anak buah saya kena neb dalam sebulan. Kesian jugak sebab kecik-kecik lagi dah lalui prosedur perubatan macam tu. Pulak tu sekali kena neb dah bape kena bayar. Kalau sampai 3,4 kali duit habis ke situ je. Bukan la nak merungut duit habis untuk anak kan.. Tapi..

TIPS-KAWAL-ASMA-ANAK-SUPAYA-TAK-KENA-NEB


Anak saya, Amani juga pernah kena neb masa usia dia setahun setengah. Masa tu saya ke klinik kanak-kanak disebabkan dia kerap selsema dan batuk. Bagai nak gugur jantung saya doktor bagitahu yang dia macam ada simptom-simptom asma. Doktor juga bagitahu yang paru-paru amani tak cukup matang. Jadi dia sangat sensitif dengan habuk dan asap rokok. 

Sebagai seorang ibu saya rasa sedih dengan berita tersebut. Mana tak nya. Kecik lagi terpaksa menghadapi sakit sebegitu. Jadi nak tak nak saya berusaha cari cara (yang akan saya kongsikan di bawah) supaya Amani tak mudah batuk dan selsema.

Lately ni selalu pulak saya dengar anak-anak kena neb. Sampai tertanya-tanya. Neb tu apa. Keadaan yang macam mana sehingga boleh kena neb tu?

Sebelum saya kongsikan cara yang saya buat untuk amani, jom baca kenapa kanak-kanak boleh terkena asma.

Bagaimana asma terjadi dalam kalangan kanak-kanak.


Asma ni adalah satu keadaan di mana salur paru-paru kecil yang digunakan untuk pernafasan mengalami keradangan menyebabkan salur tersebut menyempit dan menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas.

Asma menyebabkan kanak-kanak mengalami batuk yang berpanjangan, nafas berbunyi dan semput. Kebiasaannya batuk yang dialami adalah jenis batuk basah dan berkahak.

Antara tanda-tanda kanak-kanak mendapat asma ialah 


  • Batuk berpanjangan (walaupon telah makan pelbagai jenis ubat). 
  • Sakit dibahagian dada. 
  • Nafas yang pendek dan berbunyi (wheezing). 
  • Kerap selsema diawal pagi. 

Asma mudah berlaku jika kanak-kanak terkena demam selsema. Kebanyakan kanak-kanak mudah dijangkiti asma kerana faktor persekitaran. Antaranya ialah pendedahan kepada asap rokok, habuk, bulu-bulu binatang peliharaan seperti kucing dan cuaca sejuk.

Kakak saya juga penghidap asma dari kecil. Kebiasaannya asma dia datang apabila dia tidur dalam cuaca sejuk dan minum ais/makan aiskrim.

Penyebab asma adalah berlainan untuk setiap kanak-kanak. Jadi kita sebagai ibu bapa perlu mengawasi apakah punca sebenar asma anak kita, supaya kita dapat mengawalnya dengan mudah.

TIPS KAWAL ANAK ASMA SUPAYA TAK KENA NEB


Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan tentang cara mengawal asma ni. Yang mana sesetengah dari tips ini telah saya amalkan pada Amani dan nampak perubahan yang positif pada dia.

#1 KENALPASTI PUNCA


Sebagai ibu bapa penting untuk kita mengenalpasti punca asma anak-anak kita. Sebab lain kanak-kanak, lain penyebabnya. Bila kita dapat kenalpasti punca nya, maka amat mudah untuk kita menanganinya.



Sebagai contoh, jika anak kita mudah asma disebabkan habuk. Maka sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa bersihkan kawasan rumah dan elakkan pergi ke tempat yang berhabuk. 

#2 KURANGKAN KERADANGAN /INFLAMASI


Ini antara kekdah yang saya gunakan pada Amani. Saya kurangkan keradangan batuk dan selsema dia dengan pengambilan minyak ikan. Sebab minyak ikan memang terkenal untuk bantu kurangkan keradangan.


Tapi saya bukan bagi minyak ikan sebarangan. Hanya yang terbaik untuk Amani. Siapa tak sayang anak oi.. Kecik-kecik ni la nak jaga betul-betul.

#3 BERIKAN RAWATAN MENGIKUT NASIHAT PAKAR


Apabila kanak-kanak telah disahkan menghidap asma, doktor akan cadangkan rawatan dan ubatan yang sesuai. Ada sesetengah kanak-kanak perlu ambil ubat pelega. Dan ada yang hingga perlu ambil ubat pencegah.


Sebaiknya lakukan rawatan seperti cadangan doktor. Jangan berhenti makan ubat yang dicadangkan sesuka hati tanpa nasihat dari mereka.

#4 SOKONG KESIHATAN ANAK DENGAN BANTUAN SUPLIMEN


Sesetengah kanak-kanak mudah dijangkiti asma bila terkena demam selsema. Jika anak anda tergolong dalam kategori ini, maka elakkan anak dari terkena demam selsema. Beri mereka makan vitamin C untuk tingkatkan imuniti dan antibodi mereka. Seeloknya makan Vitamin C dari sumber semulajadi dan mudah dikunyah. 



Maklumla organ-organ kanak-kanak ni kan belum cukup matang. Kalau bagi vitamin sintetik kang, buah pinggang mereka terpaksa kerja keras pula.

Baru-baru ini suami kepada kawan saya telah dimasukkan ke ICU akibat asma. Bak kata kawan saya, suaminya umpama nyawa-nyawa ikan semasa ditahan ICU. Baru saya sedar betapa bahaya nya penyakit asma ni. Kalau dah orang dewasa pon boleh jadi gitu, apatah lagi kanak-kanak yang fragile tu kan.

Untuk elakkan sebarang situasi yang berbahaya dan yang tak diingini berlaku pada anak-anak kita, jangan lupa amalkan semua tips di atas ye.



Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "4 TIPS KAWAL ASMA ANAK SUPAYA TAK KENA NEB"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top