KENALI TANDA PENYAKIT ASMA PADA KANAK -KANAK

Cuaca yang tak menentu sekarang ni memang boleh pengaruhi kesihatan anak-anak kita. Kadang panas, kadang hujan mungkin boleh menyebabkan anak kita demam, selsema dan juga batuk. Bila terlalu kerap demam, selsema dan batuk ni, sebenarnya boleh jadi tanda anak kita ada penyakit asma. Habuk juga boleh jadi satu faktor anak kita dapat asma.


Sebelum saya kongsikan tanda-tanda penyakit asma ni, baik kita kenali dulu apakah yang dikatakan penyakit asma pada kanak-kanak ni.

Biasanya kita dengar asma ni adalah penyakit keturunan. Tapi dengan keadaan persekitaran sekarang ni, sesiapa sahaja boleh dijangkiti asma. 

APA ITU ASMA?

Asma atau semput adalah satu penyakit dimana berlakunya keradangan pada sistem pernafasan manusia. Sistem pernafasan pesakit asma akan menjadi merah, bengkak dan boleh menghasilkan lendir yang berlebihan yang boleh menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit dan menyukarkan untuk bernafas.

Sebab tu bila seseorang mengalami asma, akan nampak dia seperti tercungap-cungap dan sukar bernafas.

FAKTOR PENCETUS ASMA

Tahap serangan asma boleh jadi berbeza-beza bergantung kepada faktor pencetus nya. Faktor pencetus ni boleh jadi macam-macam.

Persekitaran berhabuk. Minum/makan makanan yang sejuk. Perubahan cuaca. Alah pada bulu binatang. 

TANDA-TANDA ASMA

Sebenarnya asma pada kanak-kanak ni boleh dikesan melalui simptom-simptom atau tanda-tanda awal yang ditunjukkan. Tapi sejauh manakah kita tahu mengenai tanda-tanda awal penyakit asma ni. Jadi hari ni saya nak kongsikan untuk pengetahuan kita bersama, apakah tanda-tanda awal yang ditunjukkan oleh penghidap asma.

#1 Mudah batuk

Anak yang menghidap asma akan mudah batuk. Habuk sikit batuk. Minum sejuk sikit batuk. Terhidu asap rokok batuk. Yang lebih teruk, batuknya sehingga melarat beberapa hari.


#2 Nafas berbunyi

Kadang-kadang batuk tadi boleh melarat sehingga anak mengeluarkan bunyi (wheezing sound) apabila bernafas. Jika anak anda mengalami batuk berpanjangan cuma letakkan telinga anda di dada anak. Jika nafasnya berbunyi maka itu menunjukkan tanda asma.


#3 Nafas tercungap-cungap

Nampak anak anda seperti sukar untuk bernafas dan tercungap-cungap. Saluran pernafasan menjadi sempit, kerana itu mereka sujar bernafas.

#4 Nafas pendek

Bila anak anda dijangkiti asma, mereka akan bernafas dalam sela pendek. Tarikan nafas mereka lebih cepat berbanding biasa.




Jika anda dapati anak anda mengalami tanda-tanda seperti diatas, anda seharusnya perlu segera mendapatkan rawatan untuknya. Anda juga boleh mengamalkan CARA INI sebagai rawatan pencegahan asma pada anak anda. Jika ditangguh dikhuatiri boleh merbahayakan nyawa anak anda. Siapa la yang tak sayangkan anak kan.





Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "KENALI TANDA PENYAKIT ASMA PADA KANAK -KANAK"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top