NAMA GROUP SHAKLEE YANG BUAT ANDA TERPIKAT

Untuk mendapatkan hasil yang gempak dan cemerlang penting untuk kita kerja secara berpasukan.

Dan sebab itu juga la kami pengedar-pengedar Shaklee seluruh Malaysia ni ada group masing-masing dan saling membantu satu sama lain.

Nak bagi ada branding yang tersendiri, setiap group akan ada nama yang unik. Nama group Shaklee yang paling hot sekarang ni ialah iReach family dibawah Master Lyna Noh dan Master Z.


Kalau siapa suka travel tentu kenal dengan Master Lyna Noh. Sebab dia rajin travel dan suka update kisah-kisah travel dia dan tips-tips yang boleh guna semasa travel.

Group iReach ni suka buat contest. Setiap bulan ada je contest yang dibuat. Dan hadiah-hadiah yang ditawarkan pon sangat lumayan. Pernah diorang offer iPhone 6 tau masa baru-baru keluar dulu. 

NAMA GROUP SHAKLEE


Untuk ahli-ahli di bawah group saya pulak. Saya memilih nama yang unik dan tersendiri. Iaitu Group TITANIUM FAMILY.

Sebab apa saya pilih titanium ni?

KUAT
Titanium merupakan sejenis besi yang kuat. Tak mudah rapuh. Begitu la juga dengan group Titanium Family. Kami tak mudah goyah dengan halangan dan ujian-ujian dalam bisnes.

RINTANGAN TERHADAP PENGARATAN
Titanium mempunyai sifat rintangan terhadap pengaratan. Kalau nak diumpamakan karat tu macam perkara-perkara negatif la. 

Titanium family mempunyai rintangan tinggi terhadap perkara-perkara negatif yang berlaku di sekeliling kami.

KETUMPATAN RENDAH
Sesuatu benda yang berketumpatan rendah, bila dimasukkan dalam air, ia akn terapung dipermukaan.

Begitu juga dgn Titanium family. Kami tak mudah tenggelam dengan bonus-bonus dan keuntungan yang banyak. Setiap bulan, bonus-bonus dan keuntungan akan kami pecah kan kepada 3. Sedekah. Simpanan. Perbelanjaan.

ALOI TITANIUM
Titanium boleh bercampur dengan besi lain untuk membentuk aloi yang lebih kuat dan lebih ringan.

Titanium family apabila bergabung antara satu sama lain, kami menjadi sebuah keluarga yang saling bekerjasama menjadi tugas-tugas bisnes kami lebih mudah dikendalikan.

Hasrat founder Titanium Family juga ingin menjadikan ahli keluarga mematuhi syariat Allah dan meninggalkan semua larangannya dengan meningkatkan amalan-amalan rohani.

Begitu la utuh dan padunya Titanium Family. Kami sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. 

Hasratnya nak jadi unggul seperti kumpulan mentor kami iReach Family itu. Moga kami terus istiqamah dalam membantu rakyat Malaysia untuk menjalani dan mengekalkan gaya hidup sihat.

Jom punya hasrat seperti kami. Sertai kami sekarang.



Share this article :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "NAMA GROUP SHAKLEE YANG BUAT ANDA TERPIKAT"

Wow semoga titanium melahirkan lebih ramai usahawan shklee yang komited

Insyallah. Amin. Tq nurul aziyana

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top