PANDUAN IBU HAMIL SULUNG : KEDAI BAYI ONLINE

Teringat masa daku hamil anak pertama. 

Daku tak ada pengalaman tentang penjagaan bayi. Nak beli baju online di mana. Nak beli pam susu macam mana. 

Mana tak nya. Daku ni anak kedua. Kakak sulong ku pulak baru je kahwin setahun sebelum daku. Dan belum punya rezeki anak lagi.

Jadi agak terkapai-kapai jugak.

"Mana la nak beli barang-barang bayi ni secara online"

Daku memang orang yang suka beli barang online. Sebabnya daku boleh bandingkan harga. Jadi pengguna bijak lettew konon-konon. Hahaha


KEDAI BAYI ONLINE


Disebabkan adik ku baru je khabarkan berita gembira yang kami bakal dapat ahli baru. Daku tergerak hati nak tulis entri ni. 

Harap-harap dapat la jadi panduan untuk ibu-ibu hamil kali pertama ye.

Actually banyak je kedai bayi online. Yang jadi isu nya, kedai mana yang boleh dipercayai? Kedai mana yang murah? Kedai mana yang selalu bagi diskaun?

Ha.. Yang daku suggest ni, ikut pengalaman dan pendapat peribadi ku ye. 

Kalau nak cari pam susu. Daku suggest beli dekat littlewhiz.com ni. Kalau tiba dia buat sale. Memang murah taw. 
Pencuci botol semulajadi. Selamat digunakan.

Ada juga dijual breastpump secara pakej. Biasanya dalam pakej tu ada breastpump, coolbox, storage bottle, ice pack, plastic storage. Lebih kurang macam tu la.

Oh ye. Kat littlewhiz ni pon ada jual baby carrier. Baby carrier ni ada macam-macam jenis. Citer next entri la ye. hihi

Onebabyworld ni pon antara kedai bayi yang best jugak. Nak tengok stroller ke. Carseat ke. Baju-baju bayi. Semua ada.

Murah dengan mahal je la kan. Pastikan sesuaikan dengan buget adik-adik ye.

Dekat pumponthego ni, ramai jugak geng ibu-ibu yang beli breastpump dan segala keperluan lain tu.

Tapi hakak belum pernah cuba lagi beli apa-apa di pumponthego ni. Sebab hakak suka survey harga. Tengok pump mana yang hakak berkenan. Then cuba bukak kedai online ni semua. Then tengok yang mana paling murah.

Nak tahu cara-cara beli breastpump yang betul KLIK SINI

Kadang-kadang harga produk murah. Tapi ada kos penghantaran. Ada kedai yang mahal sikit tapi tak ada cas penghantaran. Kena pandai timbang tara la.

Okay. Babydash ni ulak sama je macam kedai bayi online littlewhiz dan onebabyworld tu. Kat sini banyak barang-barang yang lain jenama  sikit lain.  

So sangat bagus untuk buat perbandingan harga untuk produk-produk bayi yang kita nak survey tu.

Baju bayi ni semua comel-comel. Geram je tengok.


Tapi yang tak bestnya satu je. Layout mobile friendly dia macam tak best sikit la compare dengan kedai bayi online yang lain tu. Macam mana pon, Ni cuma pandangan peribadi. 

5. Lazada
Dalam banyak-banyak menda kat lazada ni kan. Yang paling hakak suka shopping ialah dipers. Sebab apa. Lazada ni suka buat offer pampers especially jenama drypers.

Kalau kena waktunya boleh dapat RM96 untuk 4 pack drypers classic. Kadang-kadang RM86 untuk 3 pack drypers wee wee dry.

Nanti hakak story kay, macam mana u all nak beli dipers ni secara jimat. Entri lain ler plak kan..


Offer drypers murah di Lazada.


Actually banyak lagi kedai bayi online ni. Yang hakak tulis dalam entri ni antara yang boleh dipercayai la. So korang boleh la cuba usha-usha barang-barang mana yang berkenan di hati tu.

Tapi jangan lupa buat perbandingan harga ya..

Sebelum hakak tamatkan entri ni, hakak suka la nak pesan kat adik-adik semua. Jangan lupa jaga kesihatan ye. Dan makan makanan yang sihat. Nak tahu panduan makan ibu hamil untuk elak muntah-muntah, morning sickness KLIK SINI.

Menulis dari hati..
Hakak..
Hihihi..

Nota kaki: Kalau nak buat side income yang bermodalkan RM79.50 hello-hello hakak kay..



Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "PANDUAN IBU HAMIL SULUNG : KEDAI BAYI ONLINE"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top