HADIAH MAKEOVER BLOG BERNILAI RM360

Wahh. Dengar je hadiah makeover blog, terus ku semangat balik nak menulis.

Ha.. Kalau u olls semua nak tahu, ini la contest terbaru anjuran group emerald shaklee. Under group Emerald Shaklee je taw. Group lain sila mereput. (Hahaha konon ikut style budak-budak sekarang cakap)

Dalam group hakak ni macam-macam sumber ada. Nak beriklan kat fb ke insta ke sangat senang. Sebab tiap-tiap hari ada je yang nak sedekah kan poster. Cantik-cantik plak tu dorang buat.

Actually hakak ni tak ada la pandai sangat berblog ni. Senang citer masih belajar lagi la bab-bab blog ni. Kadang-kadang ada gak sifu-sifu dalam group best blogger network (BBN) tu bincang yang hakak tak paham.

Time tu nganga je la. hikhik

Sebab tu bila ummi aziyana (founder group emerald family) ni buat contest ni, hakak cepat-cepat grab. Walaupon tak faham sangat apa yang akan di makeover kan tuh. 



Syarat dia mudah je. Contest ni berjalan selama 3 bulan. Total entri yang dikehendaki ialah 90 entri. 

Bermakna nak kena publish 30 entri sebulan. Bulan ni hakak baru 9 entri ni. Aduh.. kena kejor lagi ni.


Hakak suka nak grab contest macam ni sebab persaingan dia hanya lah kau kena bersaing dengan sifat malas yang ada dalam diri kau tu je. 

Kalau layan kan jugak malas dengan tak ada mood tu. Memang non hado la ye. hihi

Ni antara entri-entri hakak bulan ni.
  1. Cerita mengenai Alfalfa Complex
  2. Ciri-ciri pencuci muka selamat 
  3. Apa yang orang kata pasal Shaklee Collagen Powder
  4. Cara senang nak daftar jadi ahli Shaklee
  5. Pencuci rumah yang selamat untuk ibu hamil
  6. Mana pergi nutrien dalam sayuran
  7. Kisah benar! Mesti baca.
  8. Kedai bayi online


So harap semua pembaca doakan hakak ye. Semoga hakak dapat layan rasa malas ni dan semoga hakak dapat la hadiah makeover blog tu.

Owh satu lagi. Kalau u olls pon nak merasa contest best-best macam group hakak ni. Meh ler join hakak bisnes online. Bukan seronok je taw dapat. Dua tiga juta ronok pon boleh..


Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "HADIAH MAKEOVER BLOG BERNILAI RM360"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top