PERBEZAAN SUSU IBU DAN SUSU FORMULA

Assalamualaikum semua..

Hari ahad yang lepas, my little princess Amani Safiyyah turn 1. Alhamdulillah. Saya masih dapat menyusukan dia walaupun tak dapat beri sepenuhnya susu ibu. Tapi saya bersyukur masih dapat meneruskan sunnah ini. Harapnya dapat kekal sehingga umur Amani 2 tahun.

Sebenarnya memang banyak kebaikan susu ibu ni kan. Jika boleh semua ibu juga mahu menyusukan bayi anda dengan susu badan kita sendiri kan. Tahu tak ibu-ibu semua yang ada banyak tips untuk banyakkan susu ibu yang boleh ibu-ibu amalkan. Tapi tahu tak anda semua apakah sebenarnya perbezaan antara susu ibu dan susu formula ni.

Kawan saya ni mampu turunkan berat badan selepas bersalin. Nak tahu rahsia nya. Jom tengok..

KENAPA TIDAK HARUS MEMILIH SUSU FORMULA


Banyak sebab kenapa kita tak harus memilih susu formula selagi kita terdaya untuk menyusukan bayi kita. Saya tak nafikan memang tak semua ibu bernasib baik dapat menyusukan bayi dengan susu ibu. Tapi tak salah jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan penyusuan ni. 

Sekarang ni dah mudah. Kebanyakan perkakasan untuk bantu penyusuan dah dijual dipasaran. Antara nak dengan tidak je. Saya sedih jika ada ibu yang tidak mahu beri anak susu ibu dengan alasan MALAS..


Harap-harap ibu-ibu yang berupaya nak susukan bayi anda menjadi lebih rajin dan gembira untuk susukan bayi anda bila tahu kekurangan susu formula ini.

#1 
Semasa ibu menyusukan bayi, antibodi dan keupayaan untuk melawan kuman dipindahkan kepada bayi untuk menguatkan imun sistem bayi anda. Kebolehan ini tidak diperoleh dalam mana-mana susu formula. 


#2 
Makanan yang sempurna hanya mampu diberi oleh susu ibu. Susu ibu lebih mudah dihadam bayi berbanding susu formula. Jadi bayi yang menyusu susu ibu akan kurang membuang air kecil dan besar. Jimat penggunaan diaper! Dan kurang masalah sembelit! Ya allah kesiannya bayi kita kalau sembelit.

#3 
Kena bayar dengan harga yang mahal. Wahh susu formula kat pasaran sekarang ni mahal-mahal nya. Tak larat nak tampung beli susu formula. SUSU IBU PERCUMA!!

#4 
Kena susah-susah bancuh. Susu formula kan kena bancuh. So kalau bayi nak susu tu agak-agak dia boleh tunggu ke. Menangis-nangis dulu baru dapat minum susunya kan. Sebab kena tunggu bancuh. Kalau bagi susu ibu tak sempat menangis pon baby tu..



#5 
Susu ibu ni bukan bagi kebaikan untuk bayi. Tapi ibu pon dapat kebaikan. Dengan menyusukan bayi kita, ibu akan jadi lebih slim sebab dapat bakar kalori yang banyak. Dan penyusuan juga dapat membantu pengecutan rahim ibu selepas melahirkan. Susu formula memang tak ada la benifit yang satu ni.


#6 
Kurang skin-to-skin contact. Skin-to-skin contact yang hanya diperoleh jika anda menyusukan bayi, dapat wujudkan emosi yang sangat erat antara ibu dan bayi. Pengambilan susu formula akan kurang kan skin-to-skin contact antara kedua nya.


#7 
Ada juga kajian yang menunjukkan, bayi yang disusukan dengan susu ibu lebih bijak berbanding yang disusukan dengan susu formula. Wallahualam. 

Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang boleh diperoleh dari susu ibu ni. Jika mampu, saya harap semua ibu berusaha untuk menyusukan bayi anda dengan SUSU TERBAIK ni. (Maaf jika ada ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu formula terasa dengan statment di atas)

Insyallah kehidupan anda dan bayi akan lebih gembira dan bahagia dengan meneruskan sunnah penyusuan ini. Banyak juga duit yang dapat dijimatkan.

Till we meet in the next entry
~~Happy Reading~~


Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "PERBEZAAN SUSU IBU DAN SUSU FORMULA"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top