CARA RAWAT DENGGI SECARA SEMULAJADI

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni musim panas kan. Pasang aircond pon rasa macam tak pasang. Pasang kipas apatah lagi. Peluh menitik-nitik. Tik. Tik. Bila dah musim panas, kita pon tak berapa nak keluar rumah kan? Kalau boleh nak duduk rumah je supaya dapat elak panas terik kat luar. Tapi musim-musim panas ni, ada jugak yang gemar tau. Nak tahu apa? 

Nyamuk 


Nyamuk biasa tak apa lagi. Ni nyamuk aedes. Aedes betina. Umumnya tahu nyamuk aedes ni membawa virus denggi kan. Maksudnya sesiapa yang digigit oleh nyamuk aedes yang bawa virus, akan dijangkiti DENGGI. Ada yang tak tahu ke nyamuk aedes ni macam mana? Senang je nak kenal. Tengok badan dengan kaki nyamuk dalam gambar tu. Ha.. Betul. Nyamuk Aedes ni mempunyai kaki dan tangan yang berbelang hitam dan putih. Nyamuk biasa tak ada belang-belang macam tu.

Owh ye.. Sebut pasal nyamuk aedes, denggi ni, saya teringat abah saya pernah dijangkiti denggi 2 tahun yang lalu. Abah jarang sakit. Apatah lagi masuk hospital. Jadi bila dia masuk hospital, dia sedih. Abah tak demam. Tapi dia tak ada selera makan. Rasa mual-mual. Abah kalau sakit, dia jadi down. Kami adik beradik dah hafal dah skrip abah kalau demam. Nah.. Abah demam nah. (Nah a.k.a hannah adalah panggilan keluarga pada saya) Begitu lah abah saya kalau sakit. Dia suka manja dengan anak-anak. Bila abah masuk hospital, doktor check platlet darah abah rendah. Jadi doktor sahkan abah kena denggi. Platlet abah makin hari makin rendah. dari 100 turun ke 80 turun ke 60 sampai la platlet abah turun bawah 10. Kami sekeluarga memang risau gila bila platlet darah abah tak naik-naik

Doktor cakap denggi ni tak ada ubat. Doktor cuma boleh masukkan air dalam badan dan bagi panadol pada abah. Saya pernah dengar orang cakap (doktor or nurse, tak ingat pulak) pesakit denggi ni tak boleh terluka. Sebab kalau dia terluka, darah dia tak boleh stop. Sebab darah dia cair. Jadi boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Masa abah kena tahan kat PPUM dulu, misi siap suruh sukat berapa banyak air masuk, berapa banyak air keluar. Siap apa borang nak record lagi. Cawan yang ada kat wad tu pon dah siap-siap bertanda skala ml. Lama jugak abah nak recover. Kalau tak silap saya dekat 2 minggu jugak la abah kena denggi. Sebab pesakit denggi mudah dehydrate (hilang air dalam badan). Jadi mereka akan lesu dan tak bermaya.

Jom dengar apa kata nutritionist Shaklee ni pasal denggi.



Jadi untuk elakkan kita dijangkiti denggi ni, ambil la langkah berjaga-jaga sebanyak mungkin. Sesiapa yang ada anak kecik lagi kena hati-hati. Anak-anak kecil kan imuniti lawan penyakit mereka lebih rendah. Kalau boleh beri mereka suplimen yang boleh meningkatkan antibodi badan. Mencegah kan lebih baik dari mengubati. Jangan bila anak kita dah kena denggi baru kita nak mengelabah. Bak kata pak mertua saya, nak berak baru nak gali lubang. Heheheh.

Oh ye.. Tahu tak bahawa jangkitan denggi kali kedua lebih bahaya. Jangkitan kali kedua boleh membawa MAUT!

So beberapa tips nak elak denggi yang saya boleh share di sini ialah:
  • Elakkan melawat tempat-tempat berisiko tinggi - kawasan semak samun, kawasan yang kurang bersih.
  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk - cuci longkang tepi rumah
  • Buang air yang bertakung - tempat-tempat air bertakung, tayar lama, tapak pasu
  • Gunakan racun serangga - sembur la ridsect ke shieldtox ke petang-petang tu.
  • Pakai mosquito band atau yang sewaktu dengan nya - sekarang ni ada lotion, ada yang roller macam deodrant tu, ada yang tampal je kat badan.

TAK PEDULI? MAUT MENANTI!!

Jika ingin mendapatkan suplimen untuk cegah atau rawat denggi boleh hubungi saya:

Your SIDPRO!
Hannah Farhana (ID 1176244) 
Pengedar Shaklee Melaka dan Seluruh MALAYSIA
No Tel: 0197000820
Email: sitinurfarhanaaa@gmail.com

COD area: Cheng, Pokok Mangga, Malim, Bandar hilir, Seri Negeri, MITC
Pos: SELURUH MALAYSIA

Till we meet in the next entry
~~Happy Reading~~
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "CARA RAWAT DENGGI SECARA SEMULAJADI"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top