Puri bayi: Mengapa pilih homemade?

Assalamualaimum semua..

Macam ibu-ibu yang lain, bila baby nak masuk umur 6 bulan, saya sangat excited nak bagi baby saya makan puri.. Orang putih cakap first solid food. Mesti ramai ibu-ibu yang excited macam saya kan?
Tapi kenapa kita semua nak bagi makanan pejal ni pada baby? Tak cukup ke khasiat dalam susu ibu yang kita bagi tu? Kenapa la susah-susah nk blend puri bagi bayi kita makan?

Kenapa puri?
Kenapa puri homemade?

Jom tengok video jap. Anak Kurus kering sampai mak dia sanggup buat benda ni:



Ok back to puree thing.. Pada saya ada banyak sebab kenapa kita kena bagi bayi kita makan homemade puree.


#1 Excited!
OMG.. saya sangat excited nak bagi amani makan puree. Even sekarang ni masa umur dia belum 6 bulan pon saya dah ajar sikit makan buah (lebih kepada hisap sebenarnya). Itu pon bukan la tiap-tiap hari. Bila time saya teringin makan buah tu, saya bagi la dia hisap sikit-sikit. As an introduction la tu konon-konon. Huhu. Tapi tak dinafikan ada ibu-ibu yang berpegang teguh dengan pendirian mereka, tak nak bagi baby solid food until umur baby 2 tahun. It's up to them..



Bagi saya tak salah bagi dua-dua. Susu badan saya masih beri. Cuma sekarang ni tambah dengan solid food je. Lagipun kesian kat amani. Time kami mummy ayah dia ni tengah makan, terkulat-kulat dia tengok.. huhuLagipon biler kita excited nak buat puri untuk baby kita, kita akan cuba buat yang terbaik. Betul tak? Sort of 'cook with love' gitu..



#2 Fresh
Yes! Of course kalau kita buat sendiri puri baby, dah tentu-tentu la sumber nya fresh kan? Tak kan la kita nak amik buah or sayur yang dah seminggu nak buat puri baby kan? Kalau buah seminggu, mungkin ok lagi. Tapi cuba bayangkan sayur yang dah seminggu. Of course sayur tu dah layu dan tak segar kan?

Ada ibu-ibu yang cakap leceh la nak buat puri-puri ni bagai. Ok. Jom sy nak ajak ibu-ibu fikir sejenak. Berapa tempoh hayat puri (due date) yang ada di pasaran? Biasanya antara 2 ke 3 tahun kan? So bayangkan la sayur or buah yang dibuat puri tu dah 2 tahun lamanya. Oh! It's sooo unfresh! So sanggup ke kita nak bagi baby kita, yang baru nak belajar makan solid food tu, sayur or buah yang dah setahun?? Oh ibu.. please kasihan kan baby kalian.


Nampak tak muka nya yang exited nak makan tu.. hihi


#3 Tiada perasa tiruan
Tiada perasa tiruan. Tiada pewarna tiruan. Tiada pengawet. Kita tak perlu campur kan bahan perasa (garam, gula) dalam makanan pejal yang kita buat sendiri kat rumah. Just biarkan puri kita mempunyai rasa asli buah or sayur yang kita blend. Itu pon dah lebih dari cukup.

Ada jugak puri di pasaran yang tiada perasa dan pewarna tiruan. Dan juga tiada pengawet. Betul. Tak dinafikan. Kalau macam tu, macam mana puri tu boleh tahan 2 ke 3 tahun kalau tiada pengawet? Senang je, puri ni akan dipanaskan pada suhu yang tinggi supaya bakteria yang ada dalam makanan tu mati (bakteria salah satu punca makanan cepat basi). So, do you think that bakteria je yang mati pada suhu tinggi tu? Of course la tidak. Khasiat dan nutrien dalam makanan pon all gone bersama-sama bakteria tadi. Lalu, apa yang tinggal untuk baby kita?


So, agak-agaknya ibu-ibu masih sanggup bagi puree or makanan yang ready made tu lagi tak? Tentu la tak kan. Saya percaya semua pembaca blog saya ni sayang kan baby kalaian kan.. (buget banyak blog reader.. hahah) Let change to homemade puree..

Kalau ada yang masih ragu-ragu macam mane nak sediakan home made puree ni, jom baca entry Panduan persediaan puri bayi. Harap-harap dapat la membantu serba sedikit.

Till we meet in the next entry
~~Happy Reading~~
Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Puri bayi: Mengapa pilih homemade?"

Menariknya....sy pun br nak start bagi anak makan puri...

Tq atas perkongsian...

Jemput singgah juga... http://ummuzuhayr.com

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top