Idea Penjimatan: Menjelang GST April 2015

Assalamualaikum semua..

Tahun 2015 dah menjelma.. sekarang bulan januari. Sikit lagi je nak tiba APRIL 2015. Ada apa dengan april 2015? rasanya semua dh taw.. GST bakal dilaksanakan. Which means kebanyankan barangan di pasaran ni sumer nak naik harga.. Until now i still wondering y they should rise the price. Minyak naik harga, barang pon nak naik harga. Minyak turun harga, tak de pulak peniaga barang berebut2 turunkan harga..

Bersediakah status kewangan kita untuk face kenaikan harga barang menjelang april 2015 ni? Apa yang kita buat untuk perbaiki status kewangan  kita? Cukup ke suami kita je yang kerja? Boleh tak kita nak kerja dari rumah especially untuk para suri rumah?? So saya rasa terpanggil untuk share beberapa tips penjimatan atau idea yang mungkin korang boleh gunakan untuk hadapi gelombang krisis kewangan menjelang April nanti..


IDEA PENJIMATAN #1
Back to basic. Amalkan amalan menabung. Dulu time kita kanak-kanak mak ayah selalu suruh kita menabung. Siap belikan tabung lagi. Ada gak bank yang datang ke sekolah untuk galakkan penabungan ini. Suh kita buka akaun dengan dia, pastu dia bagi tabung kelapa. Klo x salah Bank Pertanian (kini Agro Bank) namanya dulu. Tapi biler dah keje ni, dah dewasa punya la sussah nk menabung ya rabbi.. Tabung pon ntah ke mana. 

So why not kita buat 1 tabung, letak kat rumah ke, kat office ke, pastu masukkan la berapa banyak pon kita suka. Kalau rasa nak menabung 50sen, so simpan 50 sen. So everytime kita dapat duit 50sen terus masuk tabung. Jangan tangguh2. Sebab kalau tangguh memang tak masuk tabung la jawabnya. Macam saya, saya simpan RM5. Tabung plak saya sediakan kat rumah 1, kat office 1. So setiap kali sebelum balik rumah, saya akan cek purse saya kalau ada RM5, saya akan masukkan ke dalam tabung. TABUNG 5 RINGGIT namo ea.. Kalau terlupa nak masukkan kat opis, saya masukkan tabung yang ada kt rumah.. MUDAHkan??



IDEA PENJIMATAN #2
Stesen minyak apa yang jadi pilihan korang? Adakah yang pergi lebih kilometer? Adakah yang mempunyai kualiti minyak yang baik? Ataupun xkira minyak nya macammana asalkan stesen tu yang paling dekat dengan rumah?

Pada mulanya saya memilih Shell setiap kali nak isi minyak kereta. Sebab Shell adalah stesen minyak turun temurun. hahaha Ayah saya pakai shell, mak pakai shell, adik beradik pakai shell jadi saya pon pakai shell. Orang kata minyak Shell bagus. Pergi lebih kilometer. heheh dan lagi stesen minyak Shell ni la yang paling dekat dengan rumah saya. Shell boleh collect point Bonus link. Nanti kalau dh banya boleh redeem..

Tapi biler saya bersalin, suami saya pakai kereta saya. Sebab katanya minyak kereta saya save. Pastu dia mula isi minyak PETRON. Pada awalnya saya tak suka suami isi petron. Tapi orang kata tak elok kalau isi minyak campur2 jenama. Jadinya saya stick je la dengan petron. Rupa-rupanya petron lagi bagus dari shell. Sebab kita boleh kumpul point guna kad petron tu (Tak de beza pon dengan Shell, boleh kumpul point bonus link). Apa yang bestnya ialah setiap 3000 points yang kita collect, kita boleh dapat minyak dengan harga RM45!! Banyakkan?? Pastu yang best lagi.. RM1 bersamaan 1 point..

Ok. Let me do the math.. 1 bulan kata la kita isi minyak full tank 4x. Full tank kalau myvi RM75. So sebulan kita dapat collect 300 points. Cukup 10 bulan kita h boleh dapat minyak free. Itu pon kalau isi 4x sebulan. rasanya ada je antara kita yang isi minyak lebih dari 4x sebulan kn.. So bayangkan penjimatan yang boleh kita buat.. Compare dengan bonus link, point yang kita kne kumpul banyakkkkk gileeerrrrr untuk dapatkan hadiah yang kecikkk jerr... Kalau tak silap saya, petronas pon boleh collect point untuk tebus minyak..

Antara barang dan minyak. Korang pilih mana?? 


IDEA PENJIMATAN #3
Sapa antara korang yang ada side income? Buat bisnes? Saya pada mulanya malas nak berbisnes2 ni.. Sebab saya jenis yang tak bersungguh. Baru je buat sebulan dah give up. Sebab tak nampak hasil. Mana ada yang bisnes baru buat kejap terus dapat hasil. Pastu sekarang ni bisnes yang tengah hot adalah online bisnes. Macam orang lain jugak, saya pon berjinak2 cube bisnes online. Tapi tak tahan lama. kejap je bertahan.. Habis tu biler saya nak dapat side income??

Jadinya biler saya pikir punya pikir punya pikir. Saya pon join 1 MLM yang boleh bagi win-win situation kepada semua orang.. Saya win, orang yang beli pon win. Apa tu? SHAKLEE la.. Always work, Always save, Always green. Perlukan modal ke? Perlu!! Berapa? RM75 SEUMUR HIDUP!!! Itu pon nak berkira ke? Bulan pertama saya buat shaklee pon dah pulang modal.. Baguskan? Dan sebab apa yang membuat kan saya  maintain dengan bisnes ni ialah leader2 kami yang walaupun xdapat apa2 bahagian dari sales kami, tp masih lg sudi buat class n share tips2 or kaedah untuk tarik pelanggan. Plus dorg xputus2 bagi motivasi pada kita, yang biler kita rasa nk down je, xjadi.. Keep on FIGHTING!

So my advice is cari la sesuatu yang boleh jadikan side income kita.. Kalau yang hanya suami je kerja, jangan la harapkan 100% dari suami.. Kita dapat jana pendapatan 3 angka pon dh ok.. Kalau nak lebih join la SHAKLEE.. heheh Bukan 3. Bukan 4. Bukan 5. 6 angka pon boleh kalau kita nak.. 


IDEA PENJIMATAN #4
Potong gaji untuk masuk tabung simpanan. Seeloknya potong gaji kita untuk masuk ke simpanan macam tabung haji ke ASB ke.. Sebab apa perlu potng gaji? Sebab kalau kita potong gaji, kita tak perlu bersusah payah beratur kat kaunter semata-mata nak simpan duit. Biler dah potong gaji kita tak akan rasa ralat sangat nak keluarkan duit tu untuk kita simpan.. Back to #1 tadi..

Mana lagi susah? Simpan duit dalam tabung atau simpan duit dengan cara potong gaji???


IDEA PENJIMATAN #5
YEAR END SALE!! Pernah tak korang tengok orang yang borong giler2 especially chinese time tengah sale? (harap x sentuh sentimen perkauman di sini) Ada yang cakap, dorang buleh la. Duit banyak. Ada bisnes (Back to #3). Sebenarnya kita orang melayu ni lagi banyak duit. Sebab apa taw?? Biler nak beli stroller contohnya, nak beli yang branded2. Quinny la. Maclaren la. Kadang2 ada yang beli travel system lagi (stroller + car seat). Padahal baby kita duduk dalam tu sekejap sangat.. Ada yang takmo duduk lansung!! Membazir kn..

Macam baby saya, pon jenis yang takmo duduk dalam stroller. Nasib la saya beli stroller yang murah. RM199 je. Tu pon saya rasa dah mahal beli jumpa stroller yang lebih murah harga nya.. Kita banyak duit, tapi suka membazir. Suka tak nak guna kan duit banyak kita tu dengan bijak.. nak eksen lebih..

Orang lain, g check up mengandung kat klinik kerajaan, ubat free, parking free, injection free. Sumer free. Kita nak g check up kat hospital private. Sumer kena bayar.. Banyak duit la katakan.. Time beli barang, tak de makna nk tunggu sale.. Beli je biler2 nak beli.. takde makna nk survey2 harga dulu..

So.. Tepuk dada, tanyalah selera.. 


Jika ingin mendapatkan SIDE INCOME YANG GEMPAK, sila hubungi saya: 

Your SIDPRO!
Hannah Farhana (ID 1176244) 
Pengedar Shaklee Melaka dan Seluruh MALAYSIA
No Tel: 0197000820
Email: sitinurfarhanaaa@gmail.com

COD area: Cheng, Pokok Mangga, Malim, Bandar hilir, Seri Negeri, MITC
Pos: SELURUH MALAYSIA

Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Idea Penjimatan: Menjelang GST April 2015"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top