Cara penyimpanan EBM: Kaedah 3-4

Assalamualaikum semua..

Mommy2 kt luar sne tgh buat apa tu?? Dh mnum ptg? Baby shat x?? Entri kali ni, sy nk citer cara mengendalikan susu ibu ataupon bahasa jawa nya Expressed Body Milk (EBM) huhu.. Mungkin ada yg blum taw apa itu EBM? EBM adalah susu ibu yg diperah kemudn disimpan di dalam peti sejuk.. Sama ada di bhgn chiller atau pon freezer. EBM sesuai di amalkn terutamanya oleh ibu2 yg bekerja. Xkira la kerja shift or opis hour. Utk ibu yg menjadi suri rmh pon blh je klo nk perah untuk buat stok.

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:
1. EBM - expressed breast milk
2. FRESH EBM - susu ibu yang baru diperah
3. FROZEN EBM - susu ibu yang dibekukan
4. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan.


CARA SIMPAN SUSU DI DALM PETI SEJUK
So bagaimanakah cara yang terbaik n mudah diingat oleh ibu2 sekalian untuk kita mengendalikan EBM ni?? Kaedah ni sy nama kn kaedah 3-4. Ok. Begini. EBM boleh disimpan dan dikendalikan dgn pelbagai cara. 

1. Disimpan atau dibiarkan pada suhu bilik (FRESH EBM - 3-4JAM)
- biasa nya EBM xperlu simpan dlm peti sejuk jika bayi kita akan menyusu dlm masa terdekat.
- mcm mne nk taw biler bb nk mnum?? Pd awal kelahiran mmg kita xblh taw lg.. tp bler dh lama2 kita dh blh agak bler bayi kita nk menyusu. So klo kita pump lbh krg waktu bayi nk menyusu tu, xperlu la masukkn dlm peti.
- EBM yg TIDAK disimpan dlm chiller or freezer hanya tahan dalam tempoh 3-4JAM shj. Sekiranya di letakkan dlm suhu beraircond EBM tersebut tahan sehingga 8JAM


2. Disimpan di bahagian chiller (CHILLED EBM - 3-4HARI)
- utk EBM yg simpn di bhgn bawah peti sejuk (utk kebykn peti), ianya mempunyai tempoh hayat 3-4HARI.
-kebiasaannya EBM disimpan di bhgn ini jika EBM tersebut akan diminum oĺeh bayi dlm tempoh lebih dri 4jam dri masa mengepam sehinggalah ke hri ke 4 waktu yg sama dgn waktu kita pam.


3. Disimpan di bahagian sejuk beku atau freezer (FROZEN EBM - 3-4BULAN)
- EBM juga blh disimpan di bhgn atas peti sejuk (org melaka panggil esbok).
-ianya mempunyai jangka hayat 3-4BULAN (utk petia ais 2 pintu) dan 2MINGGU (utk peti ais 1 pintu) .
-Sblm menyimpan EBM di bhgn freezer, kita kne simpn dlu EBM di bhgn chiller. Lbh krg sejam. 
- lps tu blh transfer ke bhgn freezer. 
- jika EBM di dlm freezer hendak digunakan, turunkn EBM tersebut ke bhgn bwh or chiller. Seeloknya 12 jam sblm EBM tersebut hendak digunakan.

4. Disimpan di dalam deep freezer (FROZEN EBM - 6-12BULAN)
- jika berkemampuan atau mempunyai stok EBM yang byk (Melebihi 100 oz) ibu2 blh la menyimpan EBM di dalam deep freezer.
- EBM yg disimpan didalam deep freezer tahan lebih lama iaitu sehingga 6-12 BULAN
-deep freezer (df) mempunyai pelbagai jenis, kapasiti dan harga. Ibu2 hanya perlu pilih df yg sesuai dgn budget dan stok EBM yg ada..


SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA

1. Boleh ke kita nak campur EBM yang diperah berbeza waktu?
EBM yang diperah pada waktu yang berbeza BOLEH DICAMPUR. Asalkan ianya diperah dalam tempoh masa tidak melebihi 24jam. EBM yang hendak dicampur perlu mempunyai suhu yang sama.

2. Bagaimana kita nak tahu suhu EBM itu sama sebelum dicampur? Nak pakai termometer ke?
Suhu EBM setelah diperah adalah lebih kurang suhu badan kita iaitu sekitar 34-36. Sekiranya tempoh mengepam untuk sesi seterusnya melebihi 4jam, EBM pada sesi 1 perlu diletakkan dalam chiller. EBM yang dipam pada Sesi 2 boleh dicampur SELEPAS 1 JAM EBM tersebut dimasukkan ke bahagian chiller.

3. Sekiranya EBM disimpan di bahagian chiller selama 4 hari, bolehkah EBM tersebut dipindahkan ke bahagian freezer jika tidak digunakan?
EBM yang disimpan dibahagian chiller selama 1-4hari boleh disimpan di bahagian freezer jika tidak digunakan. Tempoh hayat EBM tersebut setelah disimpan di bahagian freezer masih kekal 3-4Bulan.

4. Boleh ke kita simpan EBM yang telah dipanaskan tetapi tidak habis diminum oleh bayi?
EBM yang telah dipanaskan dan telah diminum oleh bayi TIDAK BOLEH disimpan semula ke dalam chiller. Ini kerana sekiranya telah diminum oleh bayi, maka EBM itu telah mempunyai contact dengan air liur bayi dimana bakteria berupaya untuk disebarkan kepada EBM tersebut.


Perkara ini sgt penting untuk diketahui oleh Ibu2 di luar sana terutamanya untuk mereka yg bru pertama kali menjadi seorang ibu. Dan perkara ni penting juga untuk diketahui jika kita SERIUS utk menyusukan bayi kita secara EKSLUSIF!! Sekian saje entri sy utk kali ni. Please stay tune untuk tahu kaedah mengepam yang betul dan bagaimanakah cara nya untuk kita menyimpan EBM.

Jika ingin mengetahui apakah set bersalin terbaik dan merangkap set menyusu yang baik untuk diamalkan sepanjang tempoh berpantang dan seterusnya, boleh hubungi saya 

Your SIDPRO!
Nana Farhana (ID 1176244) 
Pengedar Shaklee Melaka
No Tel: 0197000820
Email: sitinurfarhanaaa@gmail.com


COD area: Cheng, Pokok Mangga, Malim, Bandar hilir, Seri Negeri, MITC
Pos: SELURUH MALAYSIA

Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Cara penyimpanan EBM: Kaedah 3-4"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top